Teknik-teknik penggunaan Input Output
Terdapat 5(lima) bentuk teknik yang dikeluarkan dalam penggunaan Input Output bagi setiap komputer.
Antara 5 teknik tersebut adalah :
- Programmed I\O
- Interrupt Driven I\O
- DMA
- Memory Mapped I\O
- Isolated I\O
Programmed I\O
CPU mengjalankan arahan, kemudian menunggu tindakan dari I\O. Menyemak daftar I\O secara berkala. Kemudian apabila peranti telah bersedia, program ini akan berjalan tetapi jika terdapat kesilapan segera mengambil tindakan. Kebiasannya,didalam sistem prestasi kecil atau rendah bagi sistem tertanam masa nyata ada dua bentuk masalah, iaitu masa ramalan yang mudah dijangka dan perkakasan kos rendah.
Interrupt
Apabila berlakunya kesilapan atau peranti siap sedia untuk digunakan, Controller akan merencatkan tindakan CPU. Rencatan ini dikecualikan dalam program ini, namun ianya tidak diselarikan dengan arahan pelaksanaan. Dalam rencatan ini juga CPU boleh meminta pengendali antara arahan. Dan sekiranya kerap berlaku rencatan ini, maklumat2 yang disalurkan lambat laun dapat mengenal pasti peranti yang menganggu
Direct Memory Access
Apakah fungsi DMA ? Ianya ditugaskan untuk membebaskan CPU dari pemindahan data-data yang tulen. Selain itu ianya menjadi penunjuk untuk ke destinasi sumber, dan saiz data yang dikeluarkan untuk memulakan pemindahan. Pemproses akan menulis data ke DMA dan bekerja secara beterusan. Disini terdapat suatu protokol bernama Protokol Handshake, disini DMA bertindak sebagai permintaan data dan pengiktirafan data.
Memory Mapped I\O
Pendaftar dialamatkan dalam ruang yang sama sebagai memori. Pendekod alamat membezakan antara mereka. OS menggunakan alamat mekanisme penterjemahan untuk membuatkan mereka hanya boleh mengakses ke kernel.
Isolated I\O
Memberi arahan yang berasingan bagi pengaksessan I\O daftar. Program ini hanya boleh dilaksanakan dalam mod kernel sahaja
by : ikhwan bin ali (B031210376)