Move

Selamat Datang Ke Blog Kami

Renung-Renungkan Dan Selamat Membaca

Saturday, December 15, 2012

Input and Output



How Computer Work : Input and Output
( Bagaimana Komputer Berfungsi : Input dan Output )


*   Central Processing Unit (CPU) merupakan  sebahagian daripada sistem komputer yang kadangkala pengguna tidak sedar mereka menghantar data input kepada komputer untuk mendapat maklumat yang telah diproses iaitu output.

*   Kadangkala output memberi reaksi yang pantas berbanding input. Contohnya :

*     Barangan yang menggunakan kod bar di pasaraya menyediakan input yang membolehkan output dikeluarkan dengan segera.

*   Input dan output kadangkala boleh dipisahkan oleh jarak atau masa atau kedua-duanya.
Contohnya :

*     Seorang pelajar kolej menulis cek. Data pada cek tersebut digunakan sebagai input pada komputer di bank itu. Data tersebut diproses untuk menyediakan penyata bank dalam tempoh sebulan.

*     Data sample air dari tasik dan kawasan sungai dikumpulkan dan diberikan kepada pejabat agensi alam sekitar dan digunakan untuk menyediakan report bagi menunjukkan corak kualiti air.


*   Input : Dapatkan data daripada pengguna kepada komputer.

*     Beberapa data input boleh pergi secara terus kepada komputer untuk di proses. Input dalam kategori ini termasuklah kod bar, dan ucapan yang memasuki komputer melalui mikrofon dan data yang dimasuki melalui peranti yang menukarkan gerakan untuk tindakan pada skrin.

*   Output : Maklumat untuk pengguna.

*     Seperti yang kita lihat, output komputer adalah dalam bentuk skrin ataupun output pencetak. Selain itu, output juga dapat dikeluarkan dalam bentuk suara, mikrofilem, dan pelbagai bentuk output grafik. Satu sistem  komputer sering direka untuk menghasilkan beberapa jenis output.


izzatul arifah bt ismail
bo31210314 

No comments:

Post a Comment