Memory Performance(prestasi memori)
dalam bicara kali ini..kami akan menceritakan tentang prestasi memori. Yang mana boleh di pecahkan kepada 2 bahagian dalam menilai prestasi memori ini:
1. Memori kitaran masa;
2. Kadar pemindahan.
Memori kitaran masa
hal ini menceritakan berkaitan bagaimana suatu memori itu menggunakan masa dalam melakukan "recovery" sebelum pengaksesan ke suatu maklumat lain.
Kadar pemindahan(transfer rate)
menceritakan tentang kadar laju pemindahan sesuatu data kedalam atau keluar memori simpanan.
Selain itu prestasi memori juga memerlukan masa pengaksesan yang bermutu.
Apa itu masa akses ? Masa akses adalah masa antara menyampaikan alamat dan mendapatkan data yang sah. Selang masa diantara unit kawalan memulakan panggilan data atau permintaan untuk menyimpan data, dan selang masa yang segera di mana penghantaran data selesai atau penyimpanan bermula.
Analogi mudahnya adalah sekiranya kita mahu memanggil seseorang utk meminta bantuan..dalam kadar berapa cepatkah dia dapat memberi bantuan kepada kita.
perkiraan dalam masa akses
kebiasaannya perkiraan ini melibatkan perkara yang berkaitan:
purata masa mencari + kelewatan purata putaran + masa pemindahan + pengawal overhed + giliran kelengahan
contoh:
=
20ms + (0.5/5400) + (1MB/100MB/s) + 30ยตs
=
20ms + 5.6ms + 10ms + 0.03ms = 35.63ms
dalam realiti tidak segalanya mengikut perkiraan sebenar..kemungkinan kehilangan ketepatan dalam 50% berlaku.. lantas masa akses yang dikira juga akan berkurangan..
by: ikhwan Ali(B031210376)
No comments:
Post a Comment